ACER Predator Helios 300.
ACER Predator Helios 300.
Afiq Hanif

Apabila memilih dekstop atau laptop game, perkara paling sukar dilakukan adalah mahu ‘customise’ untuk kemaskini aksesori tertentu. Namun, Acer Predator Helios 300 mempunyai trend baru yang membolehkan papan pemuka untuk akses kepada RAM dan cakera keras.

Hasilnya, anda boleh tukar kedua-duanya dengan mudah ditambah paparan jenis 1080p yang cukup untuk anda tinggalkan monitor sebuah desktop manakala GPU GTX1060 pula sudah cukup berkuasa untuk mengoperasikan mana-mana game.

Acer Predator Helios 300 mempunyai rekaan cantik dengan barisan merah di pad laptop, butang kekunci berlampu dan dua di sisi perkataan Predator di belakang yang menyala.

Bahan buatan dan bahagian papan kekunci direka plastik dan anda perlu faham, saiz 17.3 inci yang diuji ini memang besar tapi puas bermain game meskipun mungkin sedikit tebal.

Papan kekuncinya jenis ‘island’ yang mana butang WASD juga mempunyai rekaan khas.

Berdasarkan paparan 1080p, Acer Predator Helioss 300 cantik dan mempunyai kecerahan baik. Penguji mencuba beberapa permainan dan menonton YouTube yang mana anda boleh nampak perincian sekiranya visual berformat HD.

Skrin Acer Predator Helios 300 ini meliputi 139 peratus warna gamur sRGB dan ia lebih cerah berbanding beberapa model lain di pasaran.

Butang kekunci memainkan peranan penting memandangkan anda memerlukannya ketika bermain game dan Acer Predator Helios 300 mampu memberikan keselasaan terutama untuk menekannya dengan kerap dan bagi tempoh lama.

Pada saiz 17.3 inci, jarak butang mungkin jauh dari hujung ke hujung, tapi jari biasa boleh mencapainya jadi mudah untuk pergerakan ketika bermain game, malah untuk menaip biasa sekalipun.

Pad pula berada di sedikit kiri jadi ia sangat sesuai untuk game yang memerlukan pemain menekan butang arah seperti atas bawah kiri dan kanan, tapi ada sedikit masalah lain pula apabila empat butang terbabit agak rapat antara satu sama lain.

Kadang-kadang ketika menekan, tersalah butang juga.

Bagi audio, ia pilihan terbaik dengan bunyi vokal yang jelas begitu juga drum atau gitar. Mungkin hebat itu datang juga daripada perisian Dolby Adio yang sudah dipasang.

ACER Predator Helios 300.
ACER Predator Helios 300.

Dengan ‘overclockable’ GPU NVIDIA GeForce GTX 1060 dan memori 6GB, Acer Predator Helios 300 boleh mengoptimumkan game dengan baik sama ada game biasa atau jenis VR.

Penguji mencuba game yang beroperasi pada 60fps pada 1080p di tetapan dan ia mempunyai kelancaran agak baik.

Peranti yang ada pada penguji mempunyai pemprosesan Intel Core i7-8750H 2.21GHz dengan RAM 8GB cukup untuk dipanggil ‘multitasking’. Penguji membuka lebih 20 tab pada Chrome yang mana terdapat pelbagai strim tapi ia masih beroperasi lancar.

Bagi jangka hayat bateri, Acer Predator Helios 300 mampu bertahan lebih 6 jam sekiranya ia penggunaan aktif termasuk membuka WiFI berterusan. Adakah ia terlalu panas untuk game berat? Jawapannya masih ok.

Bagi perisian, Acer tidak mempunyai bloatware yang mengacau keselesaan ketika membuka laptop ini, tapi bagi Windows 10, ia sedikit menjengkelkan meskipun ia perkara biasa.

Secara keseluruhannya, penguji berpendapat Acer Predator Helios 300 mempunyai potensi untuk kaki game dengan mudah customize dan prestasi yang hebat, terima kasih kepada GPU GTX 1060 juga.

ACER PREDATOR HELIOS 300

• PENGELUAR: Acer

• CIRI: Laptop game

• PRO: Rekaan canggih, boleh customize

• KONTRA: butang arah agak rapat

• LAMAN FB: www.facebook.com/ AcerMalaysia

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 September 2018 @ 4:29 AM