Samsung berhasrat memperkenalkan jam pintar terbarunya, Gear S2 seperti yang didedahkan sedikit pada penghujung pelancaran dua peranti barunya iaitu Galaxy Note5 dan S6 edge plus di New York.

Teaser awal terbabit bakal menyaksikan ia menggunakan sistem operasi Tizen dengan reka bentuk bulat serta mempunyai butang boleh putar di bahagian kanan jam terbabit.

Gear S2 bakal dilancarkan ketika persidangan elektronik IFA 2015 yang akan berlangsung di Berlin, Jerman bukan depan.

Ia dijangka mula dijual pada pertengahan September 2015 dan sudah pasti padan dipasangkan dengan telefon baru Samsung.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 10:01 AM