PELANCARAN Motorola Moto G5s Plus dan Moto X4. FOTO Salhani Ibrahim
PELANCARAN Motorola Moto G5s Plus dan Moto X4. FOTO Salhani Ibrahim
Afiq Hanif


MOTOROLA Malaysia memperkenalkan dua telefon pintar, Moto X4 dan Moto G5s Plus untuk pasaran Malaysia.

Moto X4 yang dijual pada harga RM1,899 mempunyai skrin 5.2 inci Corning Gorilla Glass 3 IPS LCD dengan 1920 x 1080 piksel.

Ia beroperasi menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 630 octa core 2.2GHz.

Telefon ini mempunyai RAM 4GB dan storan dalaman 32GB.

Lebih mengagumkan, keupayaan dwi kamera beroperasi pada 12MP+8MP yang mana kamera pertama datang dengan 1.4 mikron piksel pada f2.0 turut mempunyai sistem dwi autofokus dan mampu merakam video pada 1080p 60fps.

Kamera kedua 8MP pula mempunyai 1.12mikron piksel dengan f2.2 selain lensa sudut lebar 120 darjah.

Menggunakan bateri 3000mAh, ia juga disediakan bersama cas pantas pada USB-C dengan pengimbas cap jari di depan.

Manakala model Moto G5s Plus mempunyai sistem dwi kamera 13 megapiksel bagi rakaman RGB+mono. Kelebihan yang ditonjolkan termasuk keupayaan rakaman monokrom yang terperinci manakala pengguna boleh menyunting gambar sendiri kemudian ditampal ke gambar lain dengan mudah.

Moto G5s Plus mempunyai skrin 5.5 inci HD penuh yang dikuasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 dan RAM 4GB.

Ia dijual pada harga RM1,299, dengan storan 32GB dan sistem operasi Android 7.1.1

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2017 @ 7:03 PM