Wan Nur Ameera Meor Rozman


Bagi membanteras kes jenayah dengan lebih berkesan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), satu inovasi baru yang dicipta bertujuan untuk memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan.

Malah, melalui aplikasi ini, orang ramai yang memerlukan bantuan daripada pihak polis juga boleh mendapat akses mudah.

Modul yang terdapat dalam VSP pula membabitkan aduan di mana pengguna boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk memantau rumah atau membuat rondaan dari semasa ke semasa sekiranya mereka balik kampung.

Selain itu, VSP turut menyediakan butang direktori untuk senarai alamat dan nombor telefon ibu pejabat polis kontinjen bagi memudahkan orang ramai mendapatkan matlumat dan perkhidmatan. Ia juga dilengkapi dengan Google Maps.

Antara maklumat dan aduan lain yang boleh disalurkan seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, balik kampung dan lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan polis.

Aplikasi ini boleh didapatkan menerusi platform Play Store dan App Store.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2017 @ 12:00 AM