NOKIA 3
NOKIA 3
NOKIA 5
NOKIA 5
NOKIA 6
NOKIA 6
NOKIA 3310
NOKIA 3310
Afiq Hanif


HMD Global, pemilik jenama telefon Nokia mengumumkan rangkaian pertama telefon pintar Nokia yang terdiri daripada Nokia 3, 5, 6 di pasaran Malaysia bermula pertengahan Jun ini di samping model ikonik Nokia 3310 yang berwajah baru.

Nokia 3 direka bentuk untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada pengguna dengan menampilkan bingkai aluminium berkejituan mesin yang untuk memberikan integriti struktur dan perlindungan mantap.

Ia menawarkan ketahanan dan kejelasan hebat untuk pengalaman paparan tiada tandingan melalui paparan IPS 5” yang dilapisi sepenuhnya tanpa ruang udara dan cermin Corning Gorilla yang di bentuk.

Paparannya sangat jelas dan nyata walaupun dalam cahaya terang dengan pengurangan pantulan berikutan skrin terkutub (polarised).

Nokia 5 pula dihasilkan dengan kejituan daripada satu blok tunggal aluminium siri 6000 untuk memberikan struktur asas yang menyaluti paparan definisi tinggi (HD) IPS 5.2” kaca Corning Gorilla yang dibentuk kemas.

Nokia 5 dikuasakan dengan platform mudah alih Qualcomm Snapdragon 430 apabila ia memberikan jangka hayat bateri mengagumkan dan prestasi grafik lebih baik untuk kegunaan harian dengan reka bentuk berkualiti tinggi.

Ia turut menawarkan ciri-ciri tambahan termasuk kamera belakang pengesanan fasa auto fokus 13MP dengan flash dua tona dan kamera hadapan berlensa lebar 84 darjah 8MP untuk pemandangan lebih luas dalam swafoto.

Nokia 6 menggabungkan hasil kerja tangan unggul dan reka bentuk tersendiri dengan pengalaman audio mendalam dan skrin HD penuh 5.5 “ sekali gus memberikan pengalaman telefon pintar premium.

Badan Nokia 6 ini dihasilkan daripada satu blok aluminium siri 6000 dan amat sesuai untuk individu yang menginginkan telefon yang kukuh dengan ciri hiburan unggul.

Penguat audio pintar dengan pembesar suara berkembar membolehkan pengguna menikmati bunyi bass lebih dalam dan jelas manakala bunyi Dolby Atmos yang mantap melengkapkan lagi pengalaman hiburan masing-masing.

Nokia 3310 adalah salah satu model telefon terlaris yang pernah dihasilkan di mana pada kali ini ia diberikan nafas baru dengan reka bentuk yang segar, ceria dan moden dengan masa berbual 22 jam dan jangka hayat bateri selama sebulan dalam mod standby.

Pengguna boleh berbual sepanjang hari, menghantar pesanan, mengambil gambar, mendengar muzik dan terpikat sekali lagi dengan permainan mudah alih popular yang asal iaitu Snake dalam hanya sekali pengecasan sahaja.

Nokia 3310 kini lebih ceria daripada dahulu dalam casing polikarbonat yang moden dan menawan bersama empat warna yang ditawarkan iaitu Warm Red, Yellow, Dark Blue dan Grey.

INFO

NOKIA 3

• Harga: RM599

• Sistem Operasi: Android 7.0 Nougat

• RAM: 2 GB

• CPU: MTK 6737, Quadcore 1.3Ghz

• Saiz dan jenis paparan: 5.0” IPS LCD

• Resolusi: HD (1280x720, 16:9)

• Bateri: 2630 mAh

• Muatan Dalaman: 16GB (slot kad mikro SD sehingga 128GB)

• Kamera belakang dan depan: 8 megapiksel (MP)

• Rangkaian: LTE Band 1, 3, 5, 7, 8, 20, 28, 38, 40

• Sensor: NFC

• SIM: Dwi Sim Nano

NOKIA 5

• Harga: RM799

• Sistem Operasi: Android 7.1.1 Nougat

• RAM: 2 GB

• CPU: Qualcomm Snapdragon 430

• Saiz dan jenis paparan: 5.2” IPS LCD

• Resolusi: HD (1280x720, 16:9)

• Bateri: 3000 mAh

• Muatan Dalaman: 16GB (slot kad mikro sehingga 128 GB)

• Kamera: 13 MP (belakang) dan 8 MP (depan)

• Rangkaian: LTE Band 1, 3, 5, 7, 8, 20, 28, 38, 40

• Sensor: Cap Jari dan NFC

• SIM: Dwi Sim Nano

NOKIA 6

• Sistem Operasi: Android 7.1.1 Nougat

• RAM: 3 GB

• CPU: Qualcomm Snapdragon 430

• Saiz dan jenis paparan: 5.5” IPS LCD

• Resolusi: Full-HD (1920x1080, 16:9)

• Bateri: 3000 mAh

• Muatan Dalaman: 32 GB(slot kad mikro SD sehingga 128 GB)

• Kamera: 16 MP (belakang) dan 8 MP (depan)

• Rangkaian: LTE Band 1, 3, 5, 7, 8, 20, 28, 38, 40

• Sensor: Cap Jari dan NFC

• SIM: Dwi Sim Nano

• Harga: RM999

NOKIA 3310

• Harga: RM239

• Saiz paparan: 2.4 inci

• Muatan Dalaman: 16 MB dan sokongan kad mikro SD

• Kamera: 2MP (belakang)

• Rangkaian: 2G

• Aplikasi sokongan: Opera Store

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2017 @ 1:19 PM