MEMBERI kelainan kepada pemakai.
MEMBERI kelainan kepada pemakai.
Siti Nadirah Hafidzin

Setiap wanita mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih selendang mahupun tudung yang ingin digayakan. Ada yang gemar menyarung selendang kosong, namun ada juga yang memilih selendang dihiasi perincian.

Apa juga pilihan, perkara yang perlu diberikan perhatian adalah jenis rekaan selain ia bersesuaian dengan kemampuan diri kerana ada tudung dijual melebihi RM1,000 sehelai.

Menyasarkan wanita golongan pertengahan dan atasan, koleksi selendang Paloma daripada Asha Karim direka dengan penuh ketelitian bagi memberi nilai ekslusif kepada si pemakai.

Menurut pengasas Asha Karim Fatin Aisya Abdul Karim, koleksi selendang Paloma adalah koleksi selendang terawal yang mencetuskan fenomena kepada pelanggan di Malaysia dan di Brunei.

“Diperincikan dengan kristal Swarovski, selendang Paloma yang mempunyai empat jenis berbeza memberikan kelainan dan nilai ekslusif kepada pemakai.

DIHASILKAN dengan perincian kristal Swarovski.
DIHASILKAN dengan perincian kristal Swarovski.

“Dengan menggunakan fabrik sifon Korea yang berkualiti, koleksi selendang ini didatangkan lebih 30 pilihan warna mengikut cita rasa dan kegemaran masing-masing,” katanya.

Fatin Aisya berkata, atas sebab menggunakan kristal Swarovski, koleksi ini dijual dengan harga bermula RM100 dan ke atas bergantung kepada jenis rekaan selendang dipilih.

“Kami juga menyediakan sijil khas dari Swarovski sebagai jaminan jika terdapat sebarang kerosakan pada kristal yang diletakkan di selendang Paloma ini.

“Syukur, selendang Paloma yang menjadi tanda pengenalan Asha Karim ini mendapat sambutan menggalakkan bukan saja daripada pelanggan negara ini malah di Brunei, Singapura dan Indonesia” ujarnya.

CANTIK dan eksklusif.
CANTIK dan eksklusif.

Katanya, pihaknya turut menjanjikan satu kelainan yang dapat menyerlahkan penampilan pemakai ketika menggayakan selendang Paloma ini.

“Pilihan warna dan perincian yang digunakan menjadi antara keistimewaan selendang ini yang mampu mewujudkan imej ‘wow’ kepada pemakai.

“Walaupun mempunyai perincian kristal Swarovski namun selendang ini tidak terlalu sukar dijaga selain mudah digayakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Mac 2018 @ 8:39 AM