TUDUNG rekaan terkini dengan renda menarik eksklusif sesuai ke majlis formal.
TUDUNG rekaan terkini dengan renda menarik eksklusif sesuai ke majlis formal.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Selendang mahupun tudung yang cantik mampu menyerlahkan penampilan si pemakai tidak kira dalam apa juga gaya mahupun majlis dikunjungi.

Gaya Muslimah pula seakan-akan tidak lengkap sekiranya selendang yang disarung tidak bersesuaian dengan pilihan pakaian.

Diilhamkan daripada tudung sarung tradisional yang digabungkan dengan rekaan terkini dan perincian renda menarik, koleksi selendang terbaru daripada Asha Karim lebih menyerlah.

Menurut pengasas Asha Karim, Fatin Aisya Abdul Karim, koleksi selendang terbarunya iaitu Surraya Sarung, selendang Ayudia, Fathiyya Halfmoon, Anika Sarung dan Elia Halfmoon antara koleksi terbaik jenama terbabit.

“Kami menggunakan material berkualiti sepenuhnya bagi memberikan impak eksklusif selain memberi keselesaan kepada pemakai.

“Semua koleksi ini sesuai digayakan wanita berusia 20-an ke atas dan amat sesuai digayakan ke majlis formal kerana ia amat eksklusif,” katanya.

Fatin Aisya berkata, pihaknya mereka saiz selendang dan tudung yang amat selesa dan memudahkan ketika menggayakannya.

“Koleksi ini tidak lapuk dan sesuai digayakan walaupun selepas lima tahun akan datang kerana rekaannya yang istimewa.

“Ia didatangkan dengan pelbagai warna menarik sama ada warna terang mahupun pastel,” ujarnya.

Rekaan eksklusif semua koleksi selendang terbaru itu mampu memberikan impak runcing pada wajah si pemakai.

Harga yang ditawarkan bermula RM220 sehingga RM648 bergantung kepada rekaan dan perincian selendang.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari Instagram Asha Karim Collection dan Facebook Asha Karim Collection.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 5:01 AM