RANTAI leher, gelang tangan dan anting-anting sesuai dipadan bersama pakaian klasik mahupun moden.
RANTAI leher, gelang tangan dan anting-anting sesuai dipadan bersama pakaian klasik mahupun moden.
Hamizah Badiran


LEBARAN kian menghampiri dan pastinya wanita sama ada sudah berkahwin atau belum, mahu kelihatan anggun pada pagi Syawal dengan memakai perhiasan daripada emas.

Bagi yang masih tercari-cari koleksi ingin digayakan pada Syawal ini untuk memenuhi cita rasa tersendiri, boleh berkunjung ke Tomei Gold & Jewellery untuk memilih koleksi raya bertemakan ‘Kilauan Aidilfitri’.

Koleksi ini berunsurkan kuasa cahaya yang menembusi emas dan berlian Tomei, sekali gus memberikan kerdipan kepada sejagat.

Pada kali ini, koleksi lebih cenderung kepada rantai leher dan gelang tangan emas dengan pilihan tiga warna iaitu gabungan emas dan saduran emas ros serta emas putih.

TAMPIL anggun dengan rantai leher panjang pada pagi Syawal.
TAMPIL anggun dengan rantai leher panjang pada pagi Syawal.

Teknik yang lebih menarik warnanya seperti enamel juga digunakan untuk menaikkan daya tarikan produk berkenaan.

Supaya menyerlahkan lagi penampilan si pemakai, rantai leher panjang direka kerana ia amat digemari memandangkan keanggunannya apabila dipadankan dengan baju si pemakai.

Bukan sahaja nampak anggun dengan pakaian rasmi, ia turut kelihatan cantik dengan baju kebaya atau moden, tudung, selendang dan sebagainya apabila disuai padan.

Sementara itu, menerusi Katalog Raya 2019 Tomei, koleksi emas, jed dan berlian yang cantik ditonjolkan selaras konsep Kilauan Aidilfitri jenama itu.

Antara koleksi terbaru yang boleh dipilih adalah Koleksi Purnama Aidilfitri, Koleksi Lusso Italia, Koleksi Embun, Koleksi Ketupat Emas, Siri Chomel, Siri terbaru Anastasia, Persian Orla & Symphony Flora dan Wish oleh Le Lumiere.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2019 @ 5:30 AM