HIDANGKAN sayur dan ayam teriyaki bersama nasi panas.
HIDANGKAN sayur dan ayam teriyaki bersama nasi panas.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Masakan Jepun sememangnya cukup popular di negara ini. Maka tidak hairanlah menu dari negara matahari terbit itu begitu mudah didapati di mana-mana saja.

Hidangan seperti sushi, teppanyaki dan teriyaki antara yang sering kita dengar, malah hidangan ini seakan-akan sebati dengan jiwa kebanyakan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Resipi ayam teriyaki yang berasal dari pengaruh masakan Jepun misalnya, amat mudah disediakan dan boleh dikatakan kebanyakan restoran juga menawarkan hidangan ini kepada pelanggan.

Teriyaki membawa maksud daripada dua gabungan perkataan iaitu ‘teri’ bermaksud kilatan proses karamel gula dalam sos perapan dan ‘yaki’ pula bermaksud cara memasak dengan memanggang atau menggoreng.

Masakan ini biasanya dihidangkan dengan nasi putih saja dan tanpa gabungan lauk yang lain pun ia sudah membuka selera.

Resipi teriyaki asal terdiri daripada gabungan sos soya dan sake (sejenis wain Jepun daripada beras) ataupun mirin. Bagaimanapun, masakan ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian masyarakat Malaysia, terutamanya orang Islam. Sake biasanya digantikan dengan cuka makan atau jus lemon.

Untuk menjadikan masakan ini lebih berkhasiat, seelok-eloknya gunakan pelbagai jenis sayuran di samping ayam.

Pengusaha restoran Bear Grille Imran Ahmad Sha’er menunjukkan cara menyediakan hidangan ayam teriyaki yang mudah dilakukan sendiri di rumah.

BAHAN

• 1 keping dada ayam (direbus dan dipotong kecil)

• 2 ulas bawang putih (diketuk)

• 1/2 cawan kicap soya cair

• 1/2 cawan sos tiram

• 2 sudu besar minyak

• 1/2 cawan lobak merah (dihiris nipis)

• 1/2 cawan taugeh

• 1/2 cawan kobis

• 1/2 cawan daun kucai

• Sedikit serbuk perasa

• Garam dan gula secukup rasa

1. PANASKAN minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis hingga keperangan.
1. PANASKAN minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis hingga keperangan.

2. MASUKKAN taugeh, dan semua sayuran dan kacau.
2. MASUKKAN taugeh, dan semua sayuran dan kacau.

3. MASUKKAN serbuk perasa
3. MASUKKAN serbuk perasa

4. BIARKAN seketika hingga sayur masak dan angkat.
4. BIARKAN seketika hingga sayur masak dan angkat.

5. DALAM kuali sama, panaskan minyak dan tumis bawang putih sebelum masukkan ayam yang sudah direbus.
5. DALAM kuali sama, panaskan minyak dan tumis bawang putih sebelum masukkan ayam yang sudah direbus.

6. MASUKKAN sos tiram.
6. MASUKKAN sos tiram.

7. MASUKKAN garam dan gula.
7. MASUKKAN garam dan gula.

8. MASUKKAN kicap cair dan biarkan seketika sehingga sos mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
8. MASUKKAN kicap cair dan biarkan seketika sehingga sos mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 11:48 AM