KOLEKSI kuih bulan ‘Over The Moon’.
KOLEKSI kuih bulan ‘Over The Moon’.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Pesta Kuih Bulan atau dikenali sebagai Pesta Tanglung adalah perayaan kedua terpenting bagi masyarakat Cina selepas Tahun Baru Cina.

Secara tradisinya kuih bulan sangat dekat dengan budaya masyarakat Cina. Kuih tradisional itu melambangkan cahaya terang dan bulan mengambang penuh.

Ia juga menarik minat kaum lain untuk menikmatinya dan atas permintaan tinggi kuih itu, ramai pengusaha menyediakan hidangan halal untuk orang Islam.

Kuih bulan ini turut menarik perhatian pihak hotel untuk menyajikan kuih tradisi itu di restoran mereka, namun lebih menarik, kuih berkenaan kini dipelbagaikan mengikut cita rasa.

Rasanya yang enak dan manis, koleksi kuih bulan ‘Over The Moon’ bagi perayaan tahun ini disediakan istimewa oleh Cef Dim Sum Restoran The Emperor Dorsett Grand Subang, Chan Chee Loong.

Kuih bulan disediakan Chan mengikut cita rasa asal itu dengan tiga perisa enak Ruby Allure, Golden Treasure dan Sapphire Glitz.

Warna ungu terang Ruby Allure dihasilkan dengan ekstrak buah naga menjadikan kulit luar kuih bulan yang lembut diisi dengan inti kacang merah manakala air daun pandan segar digunakan untuk menghasilkan kuih bulan Golden Treasure yang intinya diadun dengan isi durian dan bijan hitam enak dan berkrim.

Sapphire Glitz pula diadun dengan ekstrak bunga telang menghasilkan kulit kuih bulan berwarna biru diisi inti teratai putih dan kuning telur di tengahnya.

“Lebih istimewa, cara pembuatannya sangat teliti dan mempunyai bahan berkualiti tanpa tambahan perasa lain mahupun perasa tiruan,” katanya.

Bagi penggemar kuih bulan, kualiti dan tekstur rasa menjadi keutamaan. Demi pelanggan istimewa, restoran itu menawarkan hidangan segar dan dimasak di situ.

“Ini bagi menaikkan aroma enak dan restoran kita menyajikan kuih bulan yang dibuat mengikut kepakaran pembuatnya di sini, di samping aroma semula jadi seperti pandan.

“Selain itu, saiz tradisional kuih bulan dikekalkan dan pembuatan tangan sepenuhnya bagi memastikan keaslian rasa dapat dikekalkan,” katanya.

Ia juga disediakan dalam kotak edisi khas, sesuai dijadikan cenderahati yang boleh dibeli sehingga 24 September ini selain disahkan halal.

Chan menunjukkan langkah membuat kuih bulan Golden Treasure yang boleh dicuba sendiri di rumah.

BAHAN.
BAHAN.

BAHAN

• 230g tepung pulut (disangai)

• 300g gula aising

• 75g lemak sayuran

• 230ml air daun pandan

• Inti teratai putih

• Inti durian dengan bijan hitam

CARA MEMBUATNYA

1. SEDIAKAN bekas untuk mengadun bahan. Masukkan tepung pulut dan sediakan ruangan di tengahnya.
1. SEDIAKAN bekas untuk mengadun bahan. Masukkan tepung pulut dan sediakan ruangan di tengahnya.

2. MASUKKAN gula aising.
2. MASUKKAN gula aising.

3. TAMBAH lemak sayuran diikuti air pandan.
3. TAMBAH lemak sayuran diikuti air pandan.

4. GAULKAN sebati hingga adunan menjadi doh. Tunggu tiga hingga lima minit untuk doh kering sedikit.
4. GAULKAN sebati hingga adunan menjadi doh. Tunggu tiga hingga lima minit untuk doh kering sedikit.

5. POTONG doh dalam anggaran 75g dan lenyekkan hingga menjadi kepingan.
5. POTONG doh dalam anggaran 75g dan lenyekkan hingga menjadi kepingan.

6. MASUKKAN inti durian dengan bijan hitam di dalam inti teratai putih. Kemudian kepingan doh menutup seluruh inti.
6. MASUKKAN inti durian dengan bijan hitam di dalam inti teratai putih. Kemudian kepingan doh menutup seluruh inti.

7. MASUKKAN dalam acuan. Keluarkan dan masukkan dalam peti sejuk sehingga empat jam sebelum dihidang.
7. MASUKKAN dalam acuan. Keluarkan dan masukkan dalam peti sejuk sehingga empat jam sebelum dihidang.

CHAN menunjukkan aneka kuih bulan yang disiapkan.
CHAN menunjukkan aneka kuih bulan yang disiapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 September 2018 @ 2:45 PM