Donald Trump. - FOTO Reuters
Donald Trump. - FOTO Reuters
Bernama-Sputnik

Moscow: Kira-kira 48 peratus pengundi bersedia untuk mengundi bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada pilihan raya presiden akan datang, yang dijadualkan pada November 2024, manakala 43 peratus telah menyatakan hasrat untuk menyokong penyandangnya, Presiden AS Joe Biden.

Angka berkenaan didedahkan melalui tinjauan yang dijalankan oleh The New York Times dan organisasi penyelidikan Kolej Siena.

Tinjauan itu juga menunjukkan pilihan rakyat AS berdasarkan etnik mereka. Sebagai contoh, 53 peratus responden kulit putih, 46 peratus Hispanik, dan hanya 23 peratus orang kulit hitam bersedia untuk mengundi Trump, lapor Sputnik.

Biden, sebaliknya, menerima 66 peratus daripada pengundi kulit hitam, tetapi mengekori lawannya dalam semua kumpulan lain, menerima 40 peratus daripada pengundi kulit putih dan Hispanik, kata tinjauan itu.

Pada masa sama, hanya 17 peratus responden "sangat meluluskan" kerja Biden, dengan 65 peratus rakyat AS percaya bahawa negara itu menuju ke arah yang salah dalam pembangunannya.

Undian dijalankan dari 25 hingga 28 Februari lalu membabitkan 980 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2024 @ 5:57 PM