MOSCOW. FOTO fail AFP
MOSCOW. FOTO fail AFP
BERNAMA

Moscow: Rusia mengusir dua diplomat kanan Amerika Syarikat (AS) dari kedutaan AS di Moscow pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Setiausaha pertama dan kedua kedutaan diisytihar sebagai persona non grata dan mesti meninggalkan negara itu dalam tempoh tujuh hari, kementerian luar Rusia mengumumkan dalam laman sesawangnya.

Mereka dituduh melakukan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Rusia, sambil mendakwa mereka merekrut seorang warganegara Rusia untuk memperoleh maklumat rahsia sehingga menjejaskan keselamatan Rusia.

Duta Besar AS Lynne Tracy dipanggil ke Kementerian Luar di Moscow untuk dimaklumkan mengenai keputusan itu.

Pada penghujung Ogos, perkhidmatan rahsia FSB Rusia menahan seorang bekas pekerja Rusia di konsulat AS di Vladivostok.

Pihak berkuasa menuduh lelaki itu mengumpul maklumat mengenai perang Rusia di Ukraine, antara lain, dan menyampaikannya kepada kedutaan AS.

Suspek ditahan sejak itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2023 @ 9:27 AM