FOTO HIASAN REUTERS
FOTO HIASAN REUTERS
Reuters

Copenhagen: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran terhadap cadangan menguruskan Covid-19 sebagai endemik berbanding pandemik.

Ini kerana ia berpendapat penularan varian Omicron masih belum stabil.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez semalam berkata, sudah tiba masanya untuk mengubah cara mengesan Covid-19 dengan mengikut pendekatan sebagaimana menguruskan selesema kerana kadar kematian terus merosot.

Ia mencadangkan agar Covid-19 diuruskan sebagai endemik dan bukan pandemik.

"Masih banyak maklumat belum diketahui dan virus ini berevolusi pantas.

"Kita masih belum mencapai keadaan yang membolehkannya dipanggil endemik," kata pegawai kecemasan kanan WHO Eropah, Catherine Smallwood.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 January 2022 @ 7:57 PM