GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Rom: Seorang lelaki yang dikenakan hukuman tahanan rumah dilaporkan meminta polis menghantarnya ke penjara.

Permintaan itu dibuat lelaki terbabit kerana dikatakan tidak mahu menjalani hukuman itu bersama isterinya.

Lelaki berusia 30 tahun itu pergi ke balai polis di Itali hari minggu lalu untuk membuat rayuan.

Media tempatan melaporkan dia bertindak sedemikian kerana sudah tidak mampu bertahan menjalani hukuman tahanan rumah.

Lelaki itu memaklumkan untuk dia dibawa ke penjara bagi menjalani hukuman kerana tidak mahu tinggal bersama isterinya.

Lelaki Albania itu berkata, keputusan untuk menjalani hukuman secara bersendirian di penjara.

Lelaki itu akhirnya dibenarkan menjalani baki hukuman di penjara di Guidonia, sebuah bandar di luar Rom.

Lelaki itu yang tiba di balai polis kemudian terus ditahan kerana melanggar perintah tahanan rumah.

Sebelum ini, dia dijatuhi hukuman tahanan rumah kerana kesalahan dadah.

"Dia menjalani hukuman tahanan di rumah bersama isteri dan keluarganya. Ini tidak sesuai," kata pegawai polis.

Lelaki itu masih ada baki beberapa tahun lagi untuk menjalani hukuman penjara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 2:30 PM