Wolverhampton: Seorang tahanan yang ditahan semula menyembunyikan dadah dalam seluar dalamnya supaya dia boleh berniaga di dalam penjara.

Pegawai yang menangkap tahanan berusia 26 tahun itu selepas dia melanggar syarat pembebasannya, menemui dia dengan beg pakaian, bersedia untuk dibawa semula ke penjara.

Pengawal penjara yang menjalankan pemeriksaan menemui 20 pil Ecstasy dan bungkusan ganja yang dijahit pada getah beberapa seluar dalamnya yang disimpan dalam beg itu.

Lebih banyak pil berkenaan ditemui dalam getah seluar yang dipakainya.

Polis yang enggan mendedahkan nama tahanan itu berkata, dia sebelum ini ditahan atas kesalahan memiliki pistol pada Julai 2010.

“Lelaki itu dikesan sering kali tidak ada di rumah ketika di luar waktu berkurungnya. Dia ditahan kerana melanggar syarat pembebasannya. Anehnya, dia sudah bersedia, siap dengan beg pakaian, apabila anggota kami datang untuk menahannya.

“Bagaimanapun, selepas dia diperiksa, kami menemui dadah itu. Jelas dia mahu menyeludup dadah itu ke dalam penjara,” kata jurucakap penjara. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:13 AM