GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

New Delhi: Sebelas lelaki yang dipenjara seumur hidup kerana terbabit dalam kes rogol berkumpulan terhadap seorang perempuan yang mengandung ketika rusuhan pada 2002, dibebaskan dari penjara.

Lelaki terbabit yang disabitkan bersalah pada 2008, dibebaskan dari penjara di Panchmahals di negeri barat, Gujarat, Isnin lalu.

Insiden di Gujarat itu adalah antara kejadian rusuhan terburuk kerana agama di India, dan menyebabkan lebih 1,000 kematian, dengan kebanyakannya adalah Muslim.

Birokrat tertinggi Panchmahals, Sujal Jayantibhai Mayatra memberitahu Reuters bahawa jawatankuasa penasihat penjara daerah mengesyorkan untuk membebaskan tertuduh selepas mereka berkelakuan baik dalam penjara.

"Fakta bahawa mereka sudah menjalani hukuman penjara selama hampir 15 tahun dan layak untuk pengampunan," kata

Menurut pegawai, banduan layak memohon untuk pengampunan jika sudah menjalani hukuman penjara melebihi 14 tahun.

Bagaimanapun, ahli politik pembangkang dan peguam berkata, pembebasan tertuduh adalah bertentangan dengan dasar kerajaan yang mahu memartabatkan wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2022 @ 1:47 PM