LUKISAN Vincent Van Gogh yang dijual pada harga 13 juta euro.
LUKISAN Vincent Van Gogh yang dijual pada harga 13 juta euro.
AFP

Paris: Satu lukisan karya Vincent Van Gogh yang tidak pernah dipamerkan sejak dihasilkan 134 tahun lalu dijual lebih 13 juta euro (RM63.5 juta) dalam satu lelongan.

Agensi lelongan, Sotheby's memaklumkan lukisan berjudul Street Scene in Montmartre itu dipamerkan kepada orang ramai buat pertama kali sejak dihasilkan pada 1887.

Lukisan itu pada mulanya dianggarkan dapat dilelong pada harga lima hingga lapan juta euro (RM24.4 juta hingga RM40 juta) namun melepasi sasaran yang dijangka.

Sotheby mengatakan karya itu dinanti-nanti orang ramai selepas dihasilkan lebih 100 tahun lalu.

Ia dilukis pada 1887 setahun selepas Van Gogh berpindah ke Paris dan tinggal di Montmartre bersama abangnya Theo.

Dia meninggalkan ibu kota Perancis pada 1888 ke selatan negara itu sebelum meninggal dunia pada 1890.

Lukisan itu menggambarkan satu daripada kincir angin yang terdapat di Monmartre ketika ia masih sebuah perkampunganselain imej sepasang suami isteri dengan dua anak mereka bermain di depan pagar kayu.

Lukisan 'pelik' itu antara 30 karya yang dijual oleh Sotheby's pada hari Khamis hasil pelukis terkenal iaitu Modigliani, Rodin, Camille Pissaro, Degas, Klee dan Magritte.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 7:00 AM