SALAH seorang mangsa dalam serangan di luar bangunan yang pernah menempatkan pejabat Charlie Hebdo. FOTo fail AFP
SALAH seorang mangsa dalam serangan di luar bangunan yang pernah menempatkan pejabat Charlie Hebdo. FOTo fail AFP
AFP

Paris: Perancis sudah mendakwa empat individu Pakistan yang mempunyai kaitan dengan serangan di luar bangunan yang menempatkan bekas pejabat mingguan satira, Charlie Hebdo.

Pejabat pendakwa raya antikeganasan kebangsaan negara itu dalam satu kenyataan berkata, suspek berusia antara 17 dan 21 tahun dan mempunyai kontak dengan penyerang.

Mereka dipercayai mengetahui rancangan penyerang berkenaan dan menggalakkan individu itu untuk meneruskan niatnya.

Tiga daripada suspek didakwa pada Jumaat kerana menyertai konspirasi aktiviti keganasan dan ditahan sementara menunggu perbicaraan.

Seorang lagi suspek didakwa pada Rabu.

Berita mengenai pendakwaan terhadap empat suspek selepas mahkamah di sini mensabitkan 13 rakan subahat kepada lelaki bersenjata yang menyerang dan membunuh kakitangan Charlie Hebdo pada Januari 2015.

Bagi memperingati insiden berkenaan, majalah berkenaan menerbitkan semula kartun didakwa menunjukkan Nabi Muhammad SAW.

Tiga minggu kemudian, seorang lelaki Pakistan mencederakan dua individu di luar bangunan yang menempatkan bekas pejabat Charlie Hebdo.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 12:07 PM