Paris: Seorang polis beragama Islam, Ahmed Merabet, 42, dikenal pasti sebagai seorang daripada dua anggota yang maut dalam kejadian penembakan di pejabat Charlie Hebdo, Rabu lalu.

Ahmed dilihat dalam rakaman video ditembak pada jarak dekat di kaki lima oleh pengganas terbabit selepas merayu dilepaskan.

Dia ditugaskan ke kejiranan di Paris yang menempatkan pejabat Charlie Hebdo.

Seorang lagi anggota polis yang terbunuh masih tidak diketahui identitinya, berusia 49 tahun dan ditugaskan menjaga pengarang Charlie Hebdo, Stéphane “Charb” Charbonnier.

Penduduk Islam merangkumi kira-kira lima hingga 10 peratus populasi di Perancis berbanding kurang satu peratus di Amerika Syarikat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:02 AM