SATISH mempersembahkan bakat nyanyiannya dalam 140 bahasa ketika Konsert Perubahan Iklim di Dubai. FOTO Agensi
SATISH mempersembahkan bakat nyanyiannya dalam 140 bahasa ketika Konsert Perubahan Iklim di Dubai. FOTO Agensi
Agensi

Dubai: Seorang wanita dari Kerala, India mencipta rekod dunia apabila mempersembahkan bakat nyanyiannya dalam 140 bahasa yang menakjubkan ketika Konsert Perubahan Iklim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Portal NDTV melaporkan, persembahan luar biasa Suchetha Satish yang dikongsi di Instagram, memikat pendengar dengan kepelbagaian dan keunggulan muzikalnya.

Maklumat berkenaan dikongsi Satish di akaun Instagramnya dengan berkata, "Gembira berkongsi berita bahawa saya memecahkan Guinness World Record (GWR) dengan menyanyi dalam 140 bahasa selama sembilan jam. Terima kasih kepada semua atas ucapan dan sokongan anda."

Menurut laman sesawang GWR, Satish memecahkan rekod dunia dengan menyanyi dalam 140 bahasa untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim di Auditorium Konsulat India di Dubai.

Nombor 140 itu dipilih untuk mewakili 140 negara yang menghadiri persidangan COP 28 di Dubai.

Seorang pengguna dalam reaksi kepada hantaran Satish berkata, "Tahniah Suchetha. Luar biasa! Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Saya bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan yang indah ini."

Pengguna lain menulis, "Prestasi yang cemerlang. Semoga anda memiliki lebih banyak pencapaian seperti ini dalam tahun-tahun mendatang. Tahniah."

"Prestasi itu luar biasa. Seluruh umat manusia pasti bangga padamu, Suchetha. Tahniah dari hati saya," tulis pengguna lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2024 @ 11:19 AM