AKSI Manning ketika usahanya untuk mencipta rekod itu.
AKSI Manning ketika usahanya untuk mencipta rekod itu.
Agensi

Sydney: Seorang lelaki di Australia, baru-baru ini, memecahkan Rekod Dunia Guinness (GWR) yang luar biasa bagi kejayaan memakai 10 seluar dalam tempoh terpantas dengan catatan masa 13.03 saat.

Portal UPI melaporkan, kejayaan Nicholas Manning dari Brisbane itu sekali gus merealisasikan impiannya yang sudah lama berhasrat melakar namanya dalam GWR.

Difahamkan, Manning mengambil masa enam bulan untuk membuat persediaan iaitu berlatih bagi mencipta rekod berkenan.

Dalam tempoh itu, Manning berusaha mempelajari dan memperkemaskan teknik serta kemahirannya.

Terdahulu, GWR melaporkan, Silvio Sabba iaitu pemuda dari Itali mencipta rekod pada 2017 apabila dapat memakai 13 seluar dalam dengan catatan masa 30 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2024 @ 3:45 PM