LAPORAN berita di Korea Selatan menunjukkan pelancaran terbaharu ICBM oleh Korea Utara. FOTO AFP
LAPORAN berita di Korea Selatan menunjukkan pelancaran terbaharu ICBM oleh Korea Utara. FOTO AFP
AP

Seoul: Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM ) beberapa jam sebelum pemimpin Korea Selatan dan Jepun bertemu di sidang kemuncak Tokyo yang dijangka dibayangi oleh ancaman nuklear Korea Utara.

Pelancaran itu dikenali ujian ICBM pertama Korea Utara dalam sebulan dan ujian senjata ketiga minggu ini, juga dilakukan ketika tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) meneruskan latihan ketenteraan bersama yang dianggap Pyongyang sebagai latihan untuk menyerang.

Tentera Korea Selatan berkata, ICBM Korea Utara terbang ke arah perairan timur Semenanjung Korea selepas dilancarkan dari ibu negara Korea Utara, Pyongyang, 7.10 pagi. Ia terbang kira-kira 1,000 kilometer sebelum jatuh di perairan antara Semenanjung Korea dan Jepun.

Kenyataan itu berkata, tentera Korea Selatan mengekalkan kesediaan dalam koordinasi rapat dengan Amerika Syarikat.

Kejiranan Sunan adalah tapak lapangan terbang antarabangsa Pyongyang dan muncul sebagai tapak ujian utama di mana Korea Utara melancarkan kebanyakan ICBMnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semuanya diterbangkan pada sudut tinggi untuk mengelakkan wilayah jiran.

Menteri Pertahanan Jepun Yasukazu Hamada berkata, peluru berpandu itu berkemungkinan mendarat di perairan di luar zon ekonomi eksklusif Jepun selepas penerbangan selama kira-kira sejam.

Tapak pendaratan adalah kira-kira 250 kilometer dari pulau barat Oshimaoshima berdekatan dengan ICBM Korea Utara lain jatuh, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dalam siri ujian dilaksanakan negara itu.

Pelancaran pada Khamis itu dilakukan beberapa jam sebelum Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol ke Tokyo untuk sidang kemuncak dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bertujuan untuk membaiki hubungan yang renggang dan mengukuhkan kerjasama keselamatan tiga hala dengan Amerika Syarikat untuk menentang ancaman Korea Utara.

Selepas menjalankan sejumlah rekod ujian peluru berpandu tahun lalu, Korea Utara melanjutkan aktiviti ujiannya tahun ini termasuk pelancaran ICBM Hwasong-15 pada 18 Februari yang direka untuk menyerang tanah besar AS.

Selepas pelancaran ICBM itu, Korea Utara berkata, ujian itu bertujuan untuk meningkatkan lagi kapasiti serangan nuklear 'maut' terhadap pesaingnya.

Pemimpin Kim Jong Un minggu lalu mengarahkan tenteranya bersiap sedia untuk menangkis apa yang disebutnya "gerakan persiapan perang terburu-buru" oleh saingan negaranya, merujuk kepada latihan besar yang sedang berlangsung antara AS dan Korea Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2023 @ 10:01 AM