BERITA yang memaparkan Korea Utara menembak peluru berpandu. FOTO AFP.
BERITA yang memaparkan Korea Utara menembak peluru berpandu. FOTO AFP.
AFP

Seoul: Korea Utara menembak dua peluru berpandu balistik jarak dekat dari pantai timurnya, hari ini.

Ia pelancaran kali keempat bulan ini ketika dunia sedang memerangi pandemik Covid-19.

Dua peluru berpandu ditembak ke arah timur dari bandar Wonsan sejauh 230 kilometer ke Laut Jepun pada kelajuan 30 kilometer, kata Ketua Turus Staf Korea Selatan dalam kenyataan.

“Tindakan ketenteraan seumpama ini oleh Korea Selatan tidak wajar ketika seluruh dunia berdepan kesusahan akibat wabak Covid-19,” katanya.

Menteri Pertahanan Jepun berkata, objek seperti peluru berpandu itu tidak melepasi perairan Jepun atau zon ekonomi eksklusif negara (ZEE) negara itu.

Pelancaran terbaru oleh Pyongyang itu dibuat ketika rundingan lucutan senjata nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) masih

Pelancaran terbaru oleh Pyongyang dibuat ketika rundingan pelucutan senjata nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) masih berlarutan.

Seminggu lalu, Korea Utara menembak senjata nuklear dipercayai dua peluru berpandu balistik jarak dekat, yang digambarkan sebagai ‘senjata berpandu taktikal’ baharu.

Sehari selepas itu, media Korea Utara melaporkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trumph menghantar surat kepada Kim Jong Un bagi memperincikan rancangan untuk membangunkan hubungan.

Korea Utara adalah antara beberapa negara yang belum melaporkan jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, wabak itu menjadi krisis antarabangsa, dengan lebih daripada 640,000 kes disahkan dan 30,000 kematian di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 12:36 PM