Poster gergasi memaparkan Yasser Arafat. - FOTO EPA
Poster gergasi memaparkan Yasser Arafat. - FOTO EPA
AFP

Gaza: Puluhan ribu rakyat Palestin berkumpul di Gaza memperingati ulang tahun ke-18 kematian bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat.

Allahyarham adalah Pengerusi PLO untuk tempoh 1969-2004 dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin bagi 1994-2004.

Warga Palestin berarak ke Taman Katiba mengibarkan bendera Palestin dan bendera kuning Fatah, kumpulan Hamas yang ditubuhkan Arafat pada 1960-an.

Lautan kuning warga Palestin semalam itu di kubu kuat Hamas itu adalah sesuatu yang jarang disaksikan kerana Hamas dan Fatah tidak sehaluan walaupun menentang musuh yang sama, Israel.

Kedua-dua kumpulan itu mempunyai kawasan masing-masing di wilayah diduduki Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang dikepung sejak 15 tahun lalu.

Arafat meninggal dunia pada 2004 di sebuah hospital di Perancis selepas dua tahun pengepungan Israel di ibu pejabatnya di Tebing Barat.

Penyokong Fatah menyertai perhimpunan memperingati Yasser Arafat di Gaza City. - FOTO EPA
Penyokong Fatah menyertai perhimpunan memperingati Yasser Arafat di Gaza City. - FOTO EPA

Rakyat Palestin menuduh Israel meracuni pemimpin itu tetapi tiada bukti jelas mengaitkannya. Justeru, punca sebenar kematian pemimpin Palestin itu masih lagi misteri.

Bagi Fatah, keupayaan untuk menggerakkan orang ramai adalah kemuncak popularitinya di Gaza, yang turut dikuasai satu lagi kumpulan iaitu Hamas.

Dalam mesej rakaman awal yang dimainkan pada perhimpunan itu, Abbas menggesa perpaduan untuk melonggarkan kesan sekatan ke atas penduduk Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2022 @ 5:38 PM