IMEJ dari Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
IMEJ dari Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
BERNAMA

Jakarta: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dikesan berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada 3.28 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 286 kilometer barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurut jabatan itu, gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Perak dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu.

Orang ramai diminta mengisi borang di pautan https://forms.gle/xrnKwLo83vM8zmYG7 sekiranya terdapat maklumat gegaran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 8:49 AM