KSHAMA Bindu menjadi sasaran netizen selepas mengumumkan hasrat berkahwin dengan diri sendiri. FOTO Instagram
KSHAMA Bindu menjadi sasaran netizen selepas mengumumkan hasrat berkahwin dengan diri sendiri. FOTO Instagram
Agensi

New Delhi: Seorang gadis yang juga pempengaruh di Instagram (IG) berusia 24 tahun menjadi sasaran kecaman netizen selepas mengumumkan hasratnya untuk berkahwin dengan diri sendiri.

Daily Star melaporkan Kshama Bindu menantikan hari perkahwinannya pada petang 11 Jun di sebuah kuil di bandar Vadodara, India.

Pada majlis itu nanti, Kshama akan memakai busana pengantin berwarna merah, dengan inai di tangannya dan 'sindoor', atau serbuk vermilion, di belahan rambutnya, dan berjalan mengelilingi api tujuh kali mengikut tradisi.

Penuntut sosiologi digital dari Gujarat, India itu merancang untuk berkahwin dengan dirinya sebagai satu 'usaha penerimaan diri yang mendalam'.

"Saya sedar saya tidak memerlukan putera menawan hati kerana saya adalah permaisuri saya sendiri.

"Itulah sebabnya saya memutuskan untuk berkahwin dengan diri sendiri pada 11 Jun. Saya akan berpakaian seperti pengantin perempuan, mengambil bahagian dalam upacara, rakan saya akan menghadiri majlis perkahwinan saya dan kemudian saya akan kembali ke rumah saya daripada pergi bersama pengantin lelaki," kata Kshama kepada saluran berita India NDTV. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2022 @ 6:40 AM