GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Singapura: Seorang lelaki yang mendera empat anak perempuannya secara seksual selama 14 tahun dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan dua bulan serta 24 sebatan.

Hakim Tan Siong Thye pada penghakimannya menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai amat kejam dan paling teruk yang pernah dilihatnya, lapor Channel News Asia.

Pesalah warga Singapura berusia 45 tahun itu pada minggu lalu mengaku merogol atau melakukan serangan seksual terhadap empat anak perempuannya antara 2004 dan 2018.

Dia juga menyebabkan anak-anaknya itu kelaparan selama lima hari, selepas memarahi mereka pada September 2018.

Pada minggu lalu, dia mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk merogol dan melakukan serangan seksual terhadap seorang anak perempuannya.

Mangsa dalam pertuduhan itu ialah anak perempuannya, kini berusia 16 tahun.

Budak itu hanya berusia antara 12 hingga 13 tahun, pada masa kejadian.

Hukuman untuk 26 lagi pertuduhan, kebanyakannya kerana rogol, serangan seksual kepada anaknya yang lain, belum lagi diputuskan.

Tuduhan lain termasuk tuduhan mencederakan isterinya dengan menumbuk, merotan dan menampar wanita itu.

Pesalah itu adalah seorang pengajar bebas untuk kem kanak-kanak, sebelum dia ditangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2022 @ 6:00 AM