ORANG ramai menyeberangi jalan di bandar Toyama, dalam keadaan salji tebal. FOTO Jiji Press / AFP / Japan Out
ORANG ramai menyeberangi jalan di bandar Toyama, dalam keadaan salji tebal. FOTO Jiji Press / AFP / Japan Out
BERNAMA

Tokyo: Sekurang-kurangnya 48 penerbangan dibatalkan akibat ribut salji melanda Jepun, lapor Sputnik, memetik stesen penyiaran NHK pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, lebih 100 penerbangan turut dibatalkan sejak semalam, dan salji setebal 35 inci melanda beberapa wilayah menjelang pagi Ahad.

Salji tebal diramal berterusan di bahagian barat negara itu.

Sementara itu, beratus-ratus penerbangan di seluruh dunia dibatalkan pada hujung minggu Krismas, berikutan penularan virus Omicron dalam kalangan pekerja syarikat penerbangan.

Menurut FlightAware, 2,513 penerbangan dibatalkan pada Ahad, dan 927 daripadanya direkodkan di Amerika Syarikat.

Beratus-ratus penerbangan lain turut dibatalkan pada malam Krismas, dan menjejaskan rancangan orang ramai untuk menghabiskan cuti Krismas bersama keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 4:08 PM