Romania mengalami cuaca sejuk melampau - 20. FOTO AGENSI
Romania mengalami cuaca sejuk melampau - 20. FOTO AGENSI
Reuters

Bucharest: Dua maut di Romania hari ini, akibat cuaca sejuk melampau melanda Eropah yang turut menyebabkan penerbangan dibatalkan, lalu lintas dan pengangkutan kereta api terganggu manakala sekolah ditutup.

Ramalan cuaca Siberia menjangka cuaca sejuk itu akan berterusan selama seminggu.

Menurut Institut Situasi Kecemasan (ISU), seorang wanita berusia 83 tahun di selatan Romania pengsan dalam salji sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Agensi berita Agerpres melaporkan, lelaki berusia 65 tahun ditemui mati lewat kelmarin di daerah Suceava.

Menurut polis Romania, lebih 80 perkhidmatan kereta api dan 15 penerbangan terpaksa dibatalkan, malah pelabuhan Laut Hitam dan sekolah turut ditutup.

Salji direkodkan turun setebal 182 sentimeter di Delnice, utara Croatia dan pasukan penyelamat mengambil masa beberapa jam untuk memindahkan penduduk di perkampungan Mrzle Vodice berdekatan.

Suhu direkod serendah - 20 darjah Selsius di Zavizan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2018 @ 9:44 PM