GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Jakarta: Kes import Omicron yang pertama kali dikesan di Indonesia, pada 15 Disember, meningkatkan kepada 46 kes sehingga Ahad, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia Siti Nadia Tarmidzi.

Terbaharu, 25 kes yang dikesan semasa kuarantin adalah warganegaranya yang pulang dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kenya, Mesir, Malawi, Malaysia, Sepanyol, Turki dan United Kingdom.

Satu lagi kes membabitkan warganegara Nigeria dan seorang pekerja kesihatan tempatan bertugas di pusat isolasi di Wisma Atlet, Jakarta Utara.

"Saat ini sebahagian besar sudah menjalani kuarantin di Wisma Atlet dan sebahagian lagi di Rumah Sakit Penyakit Infeksi Sulianti Saroso," katanya lagi.

Beberapa kes dikesan setelah mereka menjalani kuarantin wajib lebih daripada tiga hari, membuktikan 10 hari adalah tempoh tepat untuk mencegah varian itu menular keluar daripada pusat isolasi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 11:44 AM