JOE Biden. FOTO fail AP
JOE Biden. FOTO fail AP
AFP

Washington: Presiden Joe Biden disahkan positif Covid-19 untuk kali kedua dan kembali menjalani isolasi, kata doktor Rumah Putih.

Biden "disahkan positif pada lewat pagi Sabtu menerusi ujian antigen," kata doktor berkenaan, Kevin O'Connor menerusi satu memorandum.

Beliau berkata, presiden tidak mengalami sebarang simptom semula dan dalam keadaan baik.

'Tiada sebab untuk kembali memulakan rawatan pada masa ini," katanya.

Biden sebelum ini pertama kali disahkan positif Covid-19 pada 21 Julai.

Beliau kemudian menerima rawatan sebelum keputusan ujian menunjukkan presiden itu negatif daripada virus itu dan tidak perlu menjalani isolasi.

Bagaimanapun, Biden disahkan kembali positif, tiga hari selepas keputusan negatif ujian berkenaan.

Susulan itu, Biden membatalkan lawatannya di Delaware dan Michigan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2022 @ 9:05 AM