SUSPEK sudah ditahan oleh pihak berkuasa. FOTO Agensi
SUSPEK sudah ditahan oleh pihak berkuasa. FOTO Agensi
BERNAMA

Tokyo: Penyerang pengguna kereta api ekspres Kyota Hattori, di Tokyo pada malam Halloween mengaku meniru Joker, penjahat dalam siri buku komik dan musuh Batman, lapor Sputnik memetik laporan media pada Isnin.

Pada Ahad, polis Tokyo menahan seorang pemuda yang mengacukan pisau kepada penumpang di dalam kereta api berkenaan dan kemudian menyimbah bahan mudah terbakar.

Lelaki itu juga dilaporkan telah menyembur asid hidroklorik di dalam sebuah kereta.

Sekurang-kurangnya 17 orang cedera dalam kejadian itu.

Seorang daripada mangsa, lelaki warga emas, kini dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut Kyodo News, penyerang memberitahu penyiasat bahawa dia cuba berpakaian seperti Joker yang memakai sut ungu dalam komik.

Suspek juga berhasrat untuk mencipta semula adegan filem Joker 2019.

SUSPEK turut membakar bahagian dalam kereta api. FOTO Agensi
SUSPEK turut membakar bahagian dalam kereta api. FOTO Agensi

Dua jam sebelum melakukan jenayah itu, Hattori melawat wad Shibuya, tempat Halloween disambut secara meluas sebelum pandemik Covid-19.

Lelaki itu dilaporkan memilih kereta api ekspres untuk melakukan serangan kerana jumlah penumpangnya yang ramai dan jarak antara stesen yang jauh, menyukarkan penumpang untuk melarikan diri.

Hattori juga berkata bahawa dia kecewa kerana tidak membunuh sesiapa.

Menurut media, dia mahu membunuh orang dan dijatuhi hukuman mati.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 November 2021 @ 7:43 AM