LI pecah rekod jualan dalam tempoh 12  jam.
LI pecah rekod jualan dalam tempoh 12 jam.
Agensi

Beijing: Dia digelar Abang Gincu di China kerana kepakarannya dalam menjual produk terutama produk kecantikan di negara itu.

Popularitinya dapat dilihat apabila Li Jiaqi atau lebih dikenali sebagai Austin Li berjaya menjual produk bernilai 12 bilion yuan (RM7.8 bilion) dalam tempoh sehari, baru-baru ini.

Ia membuktikan kuasa lelaki itu sebagai pempengaruh () media sosial itu dalam menjadi jurujual produk kecantikan.

Bloomberg melaporkan, Li, 28, melakar rekod jualan itu pada Festival Beli-belah Sehari menerusi aplikasi yang dimiliki kumpulan Alibaba, Taobao.

Pada cara berkenaan, Li mempromosi dan menjual produk menerusi penstriman langsung yang akhirnya memecah rekodnya pada tahun lalu.

Berdasarkan data pakar e-dagang, Taosj.com, antara produk dijual Li dalam tempoh 12 jam berkenaan adalah losyen Shiseido dan AirPod Apple.

Li menerusi akaun Weibo miliknya mendedahkan, dia berjaya meraih perhatian 250 juta tontonan ketika festival berkenaan.

Pada tahun lalu, South China Morning Post melaporkan, Li ketika penstriman langsung, berjaya menjual 15,000 gincu dalam masa hanya lima minit.

Secara keseluruhan, dia mempunyai puluhan juta pengikut menerusi pelbagai platform media sosial termasuk Douyin iaitu aplikasi TikTok versi China.

Populariti lelaki ini memuncak ketika pandemik Covid-19 apabila kebanyakan syarikat gergasi menggunakan khidmatnya untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan secara dalam talian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 6:30 AM