PEMERIKSAAN bagi menentukan jenis kulit seseorang.
PEMERIKSAAN bagi menentukan jenis kulit seseorang.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Kebanyakan rawatan kosmetik yang dilakukan wanita gagal memberikan kesan diinginkan terutama bagi masalah bintik hitam, pigmentasi dan jeragat yang mendatangkan kesan lebih besar sekiranya mereka mengenakan mekap tebal.

Dalam salah satu kajian yang pernah dijalankan produk penjagaan wajah Shiseido menunjukkan 97 peratus wanita mempunyai masalah bintik hitam dan ton kulit wajah tidak sekata.

Keadaan ini menyebabkan wanita kurang berkeyakinan untuk bersolek tebal dan menggunakan pelbagai produk bagi menyelesaikan masalah ini.

Menurut Perunding Estetik Dr Wong Chee Hin, dalam bidang perubatan terdapat pelbagai rawatan bagi mengembalikan keceriaan kulit dan mengurangkan masalah yang dihadapi wanita.

Jepun dan Korea misalnya mendahului dari segi rawatan pembedahan dan ia bukanlah sesuatu yang memalukan. Begitu juga rakyat di China yang percaya kecantikan hanya diperoleh menerusi pembedahan wajah.

Keadaan ini berbeza dengan persepsi dan penerimaan masyarakat di Malaysia yang masih bersifat konservatif mengenai rawatan kecantikan terutama berbentuk pembedahan.

“Dalam hal ini wanita di Malaysia masih akur dengan rangkaian produk kecantikan dan kosmetik yang memberikan perubahan pada wajah mereka. Walaupun ia tidak ketara namun ia menampakkan hasil yang memuaskan,” katanya.

Dengan gaya hidup tidak sihat dan pancaran matahari menyebabkan usaha mengekalkan keremajaan kulit jadi terhalang. Pendedahan bagi tempoh lama di bawah cahaya ultra ungu bukan saja menyebabkan kulit wajah lebih gelap, kurang bersinar dan kasar tetapi juga menyumbang kepada ton kulit yang tidak rata, bertompok serta bintik hitam.

Demi mengawal dan mengurangkan pancaran matahari terhadap kulit, ada antara wanita terutama di negara Asia yang sanggup berhabis ratusan hingga ribuan ringgit untuk membeli produk terbaik walaupun akhirnya hasil diperoleh kurang membanggakan.

Begitu juga gaya hidup tidak sihat, kurang bersenam dan merokok turut menyumbang kepada masalah kulit serta pigmentasi manakala ia diperhebatkan lagi dengan peningkatan usia menyebabkan kadar metabolisme semakin menurun.

Menyedari cabaran yang terpaksa dihadapi wanita Asia untuk memelihara kulit mereka terutama kesan cuaca, syarikat penjagaan wajah dan kecantikan terkemuka Jepun Shiseido memperkenalkan rangkaian produk terbaru di bawah rangkaian Shiseido White Lucent.

Hadir pada majlis pelancaran produk terbaru White Lucent di Kuala Lumpur wakil Shiseido Jepun Mitsuyo Iijima yang berkata, produk itu dihasilkan bagi membantu wanita yang selalu terdedah kepada pancaran matahari memperoleh kulit wajah sempurna.

Menurutnya, sebelum White Lucent dipasarkan, Shiseido sudah menjalankan kaji selidik ke atas 100 wanita berbeza jenis kulit yang menggunakannya bagi mengetahui sejauh mana ia bertindak dan berkesan.

“Pengguna perlu mengamalkan kesemua produk di bawah rangkaian White Lucent yang mempunyai fungsi dan peranan tersendiri ke atas kulit. Selepas empat ming­gu kesannya mula kelihatan, ton kulit menjadi semakin cerah dan sama manakala dalam dua hingga tiga bulan, bintik hitam akan beransur hilang,” katanya.

Antara produk yang diperkenalkan di bawah White Lucent adalah MicroTargeting Spot Corrector yang berfungsi mengurangkan masalah bintik hitam serta ton kulit tidak sekata. Serum terbaru ini membantu wanita mendapat kulit lebih cerah dalam masa 12 minggu penggunaan. Kajian terhadap 119 wanita Asia mendapati 81 peratus mengakui bintik hitam semakin berkurangan selepas 12 minggu sapuan.

MultiBright Night Cream pula dihasil­kan selepas menerima maklum balas daripada 94 peratus wanita yang risau pada bintik hitam, parut kekal dan pori terbuka luas. Untuk mengatasi masalah ini Shiseido menghasilkan krim malam bagi mendapatkan kulit sekata serta masalah tekstur pada kulit.

Luminizing Surge dan Luminizing Infuser pula dibangunkan dengan bahan semula jadi bagi mencerahkan kulit dan mengurangkan bintik hitam.

Selain itu rangkaian produk ini juga mengandungi protein dan khasiat tambahan penting yang diperlukan oleh kulit untuk ‘melawan’ punca kerosakan kulit seperti pancaran matahari, sisa alat solek dan pencemaran udara supaya warna kulit kelihatan sekata, bersinar dan mengagumkan.

White Lucent juga mengandungi bunga mawar dan lilac putih yang bukan saja memberikan wangian tersendiri tetapi dikatakan mempunyai unsur pencerahan di dalamnya. Rangkaian produk White Lucent Double Strike Brightening kini boleh diperoleh di semua rangkaian kaunter Shiseido seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2015 @ 2:24 PM