SESI rawatan dan memanjakan wajah.
SESI rawatan dan memanjakan wajah.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Dengan lebih 140 tahun penyelidikan sains terhadap kulit, rasai belaian kemanjaan kulit sepenuhnya dengan rawatan muka Shiseido Vital Perfection, produk kecantikan yang dirumus khas untuk wanita Asia.

Produk ini menggariskan dua keutamaan dalam penjagaan kulit iaitu mencerah dan antipenuaan yang bertujuan membawa kecerahan, keanjalan dan kulit sempurna.

Malah kini, anda boleh merasai belaian kemanjaan kulit dengan Shiseido Vital Perfection dalam satu sesi rawatan muka selama 60 minit di Zen Shiseido.

Ketika mengikuti rawatan muka Shiseido Vital Perfection baru-baru ini, rawatan bermula dengan membersihkan kekotoran pada muka menggunakan Treatment Cleansing Foam yang membuatkan kulit terasa lebih segar.

Untuk melembap dan menyeimbangkan, White Revitalizing Softener digunakan dan dengan lembut diratakan merentasi muka menggunakan satu pad kapas.

Untuk kemanjaan tambahan kepada kulit, White Circulator Serum, serum pemutihan antipenuaan diratakan pada muka menggunakan teknik urutan pantas Shiseido.

Selepas mengurut serum ke dalam kulit, Shiseido Massage Cream diratakan sekeliling wajah dan diurut dalam gerakan membulat. Ia bertujuan menggalakkan peredaran mikro dalam kulit bagi memberi kesan pencerahan dan meremajakan kulit .

Sebaik urutan lengkap, perunding kecantikan dengan lembut akan membuang lebihan krim urut dari wajah. Bagi memberi kulit peningkatan kecerahan seterusnya, Revital Lifting Mask Science EX diaplikasikan selama 15 minit. Mengakhiri sesi rawatan, sedikit krim White Revitalizing Emulsi dipam ke atas kapas dan diratakan di seluruh wajah supaya kulit lebih berseri dan segar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 1:25 PM