FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Agensi

Wellington: Seorang ibu di New Zealand tidak menyedari dirinya mengandung sehingga dia melihat kepala bayi ketika berada di dalam bilik tidur.

Karla Akuhata, 41, pada mulanya dia tidak sihat kerana kurang tenaga atau tekanan di tempat kerja.

Dia bagaimanapun tiba-tiba berasa kejang dan sakit pada waktu malam sebelum tersedar akan melahirkan bayi.

"Saya melihat kepala bayi saya keluar dan ia sesuatu yang mengejutkan," katanya kepada NZ Herald.

Katanya, bayinya kemudian menangis sebaik dilahirkan dan itu tanda menunjukkan dia sihat.

Bayi lelaki itu selamat dilahirkan di dalam bilik tidurnya tanpa sempat pergi ke hospital.

Bayi yang diberi nama Tamarangi itu sesuatu yang menakjubkan dan keajaiban buat Karla.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 September 2021 @ 7:20 AM