COX’S BAZAR. FOTO Google Maps
COX’S BAZAR. FOTO Google Maps
BERNAMA

Dhaka: Bangladesh akan melancarkan kempen imunisasi Covid-19 untuk pelarian Rohingya di kem pelarian Cox's Bazar.

Pelarian berusia 55 tahun dan ke atas akan menjadi penerima awal, dan tahap usia penerima akan dikurangkan dengan penambahan bekalan vaksin dari pelbagai sumber, kata Setiausaha Luar Masud Momen.

"Pelarian akan mendapat vaksin sama seperti warga Bangladesh, dan tiada diskriminasi antara rakyat dan pelarian di daerah Cox's Bazar," kata Momen seperti dilaporkan Agensi Anadolu.

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan kesihatan pelarian, katanya.

Setakat ini, 2,355 kes Covid-19 dan 27 kematian dilaporkan di kem pelarian berkenaan.

Terdapat 1.2 juta pelarian tanpa warganegara Muslim Rohingya di Bangladesh, yang melarikan diri dari operasi ketenteraan di negeri Rakhine, Myanmar pada Ogos 2017.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 10:43 AM