KEBAKARAN di kem pelarian di Cox's Bazar, pada Ahad. FOTO Reuters
KEBAKARAN di kem pelarian di Cox's Bazar, pada Ahad. FOTO Reuters
Reuters

Dhaka: Ribuan pelarian Rohingya hilang tempat tinggal selepas kebakaran memusnahkan ratusan rumah di di kem pelarian di tenggara Bangladesh, pada Ahad.

Perkara itu disahkan oleh pegawai dan saksi kejadian, namun tiada kematian dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Kebakaran melanda Kem 16 di Cox's Bazar, sebuah daerah sempadan yang didiami lebih sejuta pelarian Rohingya.

Kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan keras yang diketuai tentera di Myanmar pada 2017.

Mohammed Shamsud Douza, seorang pegawai kerajaan Bangladesh yang bertanggungjawab ke atas pelarian, berkata pasukan penyelamat berjaya mengawal kebakaran.

Katanya, punca kebakaran belum dapat dipastikan.

"Semuanya sudah tiada. Ramai yang tiada rumah," kata Abu Taher, seorang pelarian Rohingya.

Satu lagi kebakaran memusnahkan pusat rawatan Covid-19 untuk pelarian di sebuah lagi kem pelarian di daerah itu, Ahad lepas, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mac tahun lalu, kebakaran besar berlaku di penempatan pelarian terbesar di dunia di Cox's Bazar dan ia menyebabkan sekurang-kurangnya 15 pelarian terkorban.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 January 2022 @ 10:48 AM