KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO AFP
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO AFP
BERNAMA

Moscow: Angka korban dalam nahas pesawat tentera di bandar Yeysk di selatan Rusia meningkat kepada 13 orang.

"Menurut Kementerian Kecemasan selepas runtuhan dibersihkan ada lagi mayat ditemukan di lokasi nahas. Sehingga 6 pagi 18 Oktober, 13 mayat sudah ditemukan termasuk tiga kanak-kanak," lapor Sputnik memetik pembantu kepada menteri kesihatan Rusia.

Beliau berkata, 19 lagi dilaporkan cedera.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan sebuah jet pejuang supersonik Su-34 Rusia terhempas di Yeysk dan juruterbangnya berjaya melenting keluar dari pesawat itu.

Jet berkenaan terhempas di kawasan perumahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2022 @ 8:46 AM