PASUKAN penyelamat menjalankan operasi pencarian. FOTO EPA
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi pencarian. FOTO EPA
AFP

Jakarta: Pasukan pencarian meneruskan usaha bagi mengesan serpihan bangkai pesawat Sriwijaya Air yang terhempas, semalam.

Pihak berkuasa juga menggunakan radar sonar dalam operasi pencarian.

Penyelam meletakkan sekurang-kurangnya tiga kawasan di lokasi dengan tiga belon, menurut AFP.

"Daripada pemerhatian, ia dipercayai bahawa koordinat diberikan adalah berpadanan dengan dengan isyarat terakhir daripada pesawat berkenaan," kata Marsyal Udara, Hadi Tjahjanto,

Operasi pencarian membabitkan ratusan anggota pasukan keselamatan dan pertahanan termasuk tentera laut dan polis.

Selain itu, 10 kapal perang turut dihantar ke lokasi kejadian.

Data daripada FlightRadar24 menunjukkan bahawa pesawat berkenaan terbang pada ketinggian 11,000 kaki (3,350 meter), sebelum tiba-tiba terbang pada ketinggian 250 kaki.

Ia kemudian hilang kontak dengan menara kawalan udara.

Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi berkata, pesawat itu didapati melencong daripada laluan asalnya, sebelum ia hilang daripada radar.

Sriwijaya Air, yang memiliki kira-kira 19 pesawat Boeing yang terbang ke Indonesia dan Asia Tenggara, berkata pihaknya akan menyiasat punca pesawat itu terputus hubungan.

Sektor penerbangan Indonesia, sebelum ini, pernah memiliki reputasi buruk sehingga pernah diharamkan untuk memasuki ruang udara Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada 2014, sebuah pesawat AirAsia terhempas dan menyebabkan 162 orang terbunuh.

Pada 2015, lebih daripada 140 orang termasuk orang di tanah, meninggal dunia selepas sebuah pesawat tentera terhempas sebaik berlepas dari Medan.

Pada Oktober 2018, 189 orang terbunuh selepas pesawat Lion Air Boeing 737 MAX terhempas ke Laut Jawa, kira-kira 12 minit selepas ia berlepas dari Jakarta.

Dalam pada itu, pihak berkuasa berkata, pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada Sabtu itu adalah bukan model MAX dan berusia 26 tahun.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Boeing tidak memberi sebarang ulasan mengenai punca nahas.

"Kami sedia maklum mengenai nahas Sriwijaya Air SJ-182. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Pihak kami juga sudah berhubung dengan pihak berkaitan untuk khidmat sokongan dalam masa yang sukar ini," katanya.

Berita berkaitan

Pesawat Sriwijaya Air terhempas?

[TERKINI] Pesawat terhempas di Kepulauan Seribu

[TERKINI] Operasi kesan titik pesawat terhempas

Tentera kenal pasti koordinat pesawat Sriwijaya Air terhempas

Nahas Sriwijaya Air: Serpihan tubuh manusia ditemukan di laut

Nahas Sriwijaya Air: Nelayan dengar ledakan

Nahas Sriwijaya Air: Nelayan dengar ledakan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 12:03 PM