FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Karachi: Lebih daripada enam juta video dikeluarkan dari TikTok di Pakistan dalam tiga bulan, kata aplikasi itu pada hari Rabu, kerana ia menentang larangan secara terus-menerus di negara konservatif.

Pihak berkuasa negara itu sudah dua kali menutup aplikasi milik syarikat China itu kerana kandungan tidak senonoh dengan yang terbaharu pada Mac lalu.

"Di Pakistan, TikTok memadam 6,495,992 video, negara kedua terbanyak (yang memadam video) selepas Amerika Syarikat sebanyak 8,540,088, kata laporan terbaru TikTok bagi bulan Januari dan Mac.

Kira-kira 15 peratus daripada video yang dikeluarkan adalah berunsurkan bogel dan aktiviti seks.

Jurucakap kerajaan berkata, video berkenaan dilarang susulan permintaan pengguna dan pihak berkuasa.

Di negara Islam, memuat naik video dengan fesyen barat yang mendedahkan tubuh badan adalah ditegah dan ia sering disalahgunakan.

Awal bulan ini, tunjuk perasaan anti-TikTok diadakan kerana penyebaran kandungan homoseksual.

"Sesiapa juga dapat membuat spekulasi bahawa ini adalah hasil tekanan pemerintah atau refleksi mengenai banyaknya kandungan yang dihasilkan di Pakistan memandangkan populariti platform ini, atau kedua-duanya.

"Platform media sosial lebih bersedia membuang dan menyekat kandungan di Pakistan untuk mengelakkan larangan penuh," kata aktivis hak digital Nighat Dad.

Ia ketika aplikasi itu berdepan kes mahkamah di Karachi, di mana hakim meminta pihak berkuasa telekomunikasi untuk menangguhkannya kerana menyebarkan 'kandungan tidak bermoral'.

Bagaimanapun, aplikasi itu masih berfungsi di Pakistan.

Penyokong kebebasan bersuara sudah lama mengkritik penapisan dan kawalan kerajaan terhadap internet dan media negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 10:10 AM