FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Peshawar: Remaja lelaki Pakistan terbunuh ketika melakonkan babak menembak dirinya sendiri untuk rakaman video TikTok.

Pegawai Kanan Polis di Barat Laut, Swat Valley, Badshah Hazrat berkata, mangsa, Hamidullah, 19, yang terkenal di media sosial memegang pistol rakannya ke kuil sebelum menarik picu senjata itu tanpa menyedari ia mempunyai peluru.

"Remaja itu maut serta-merta di tempat kejadian.

"Dia popular dan aktif di TikTok," katanya.

Katanya, walaupun video berkenaan tidak dimuat naik di TikTok namun rakannya menyebarkannya dalam kalangan mereka hingga ia tular.

Remaja berkenaan mempunyai lebih 8,000 pengikut dan sudah memuat naik hampir 600 video klip di TikTok.

Sebahagian besar rakaman video itu berkenaan prank bersama rakannya, bermain kriket dan rutin kehidupan sehariannya.

Kematian itu adalah insiden terbaharu membabitkan penyalahgunaan media sosial di Pakistan.

Tahun lalu, seorang pengawal keselamatan terbunuh di Karachi ketika bermain dengan senapang untuk rakaman video klip TikTok.

Selain itu, pada Januari lalu, seorang remaja maut selepas dilanggar kereta api di Rawalpindi ketika merakamkan video untuk aplikasi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Mei 2021 @ 6:45 AM