GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Abu Dhabi: Abu Dhabi akan melaksanakan peraturan berkaitan Covid-19 yang tidak memerlukan ujian dilakukan secara kerap untuk mengunjungi tempat awam bagi mereka yang sudah divaksin sepenuhnya.

Semua penduduk diberikan aplikasi berwarna untuk menentukan status ujian dan sejarah vaksinasi mereka.

Bermula minggu depan, mereka yang memiliki status 'hijau' akan dibenarkan mengunjungi pusat beli-belah, gimnasium, hotel, taman, pantai dan kolam renang, lokasi hiburan, panggung wayang, muzium serta restoran dan kafe.

Mereka yang sudah mendapat vaksin sepenuhnya akan mengekalkan status 'hijau' itu selama 30 hari selepas ujian PCR terakhir dengan keputusan negatif.

Bagi yang belum menerima vaksin, status itu hanya bertahan tiga hari.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada April lalu memberi amaran bahawa mereka yang enggan menerima vaksin akan berdepan kekangan dalam pergerakan mereka.

Secara keseluruhan, UAE merekodkan lebih 589,000 kes jangkitan Covid-19 dengan 1,710 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 7:17 PM