TUNKU Azizah mendengar penjelasan Wanita Pertama Republik Turkiye Emine Erdogan semasa lawatan ke Pavilion Turki. FOTO Bernama
TUNKU Azizah mendengar penjelasan Wanita Pertama Republik Turkiye Emine Erdogan semasa lawatan ke Pavilion Turki. FOTO Bernama
BERNAMA

Abu Dhabi: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengunjungi ibu pejabat General Women's Union (GWU) di Abu Dhabi pada Sabtu lalu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Ketibaan Tunku Azizah disambut oleh Setiausaha Agung GWU Al Reem Abdullah Al Falasi.

Baginda turut diraikan dalam satu majlis sempena sambutan Hari Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kali ke-52 anjuran GWU.

Sempen kunjungan itu, Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa bertemu dengan ahli Majlis Penasihat Kanak-Kanak dan Pejabat Ketua Setiausaha Majlis Tertinggi Ibu dan Kanak-Kanak serta beberapa duta belia UNICEF yang menghadiri Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) .

Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa melawat bangunan kesatuan dan taman asuhan selain turut menyertai upacara menanam pokok sempena dengan kunjungan itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah berada di Abu Dhabi untuk lawatan khas hingga 4 Disember ini.

Lawatan khas itu bersempena dengan COP28 yang berlangsung dari 30 November hingga 12 Disember.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2023 @ 4:09 PM