ARMIZAN ketika sidang media di Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Mohd Sayuti Bakar (dua kiri). FOTO Mohd Fadli Hamzah
ARMIZAN ketika sidang media di Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Mohd Sayuti Bakar (dua kiri). FOTO Mohd Fadli Hamzah
Samadi Ahmad


Putrajaya: Isu rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukannya walaupun ia pernah disebut akan diadakan sebelum akhir tahun ini.

"Saya fikir Perdana Menteri ada menyebutnya di Putrajaya baru-barunya apabila seorang kanak-kanak bertanya tentang rombakan kabinet yang akan dibuat sebelum 2024," katanya pada sidang media selepas sesi Town Hall Dasar Francais Negara 2023 di kementeriannya di sini, hari ini.

Minggu lalu, Anwar berkata, rombakan Kabinet perlu diadakan sekiranya prestasi Jemaah Menteri merundum atau jika terdapat keadaan yang menuntut ia dilaksanakan.

Bagaimanapun, beliau berkata, tempoh masa setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan masih terlalu awal untuk membuat penilaian yang adil dan menteri-menteri perlu diberikan peluang untuk memperbaiki serta meningkatkan prestasi.

Rombakan Kabinet kembali diperkatakan susulan kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang disandang Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang kini dipangku oleh Armizan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Disember 2023 @ 5:40 PM