RAKAMAN CCTV menunjukkan CCTV berkenaan.
RAKAMAN CCTV menunjukkan CCTV berkenaan.
Agensi

Chennai: Empat lelaki yang gagal memecah mesin juruwang automatik (ATM) terpaksa melarikan mesin berkenaan dalam kejadian di Tiruppur, Tamil Nadu, pada Ahad.

Kejadian jam 4.30 pagi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan, ketika kawasan berhampiran masih sunyi.

Rakaman video menunjukkan empat lelaki bertopeng membawa mesin ATM ke kawasan pagar.

Mereka kemudian mengangkat mesin berkenaan ke atas bahagian belakang kenderaan dan mengikatnya menggunakan tali.

Kejadian disedari orang ramai yang datang ke bank untuk mengeluarkan wang sebelum mendapati satu daripada mesin ATM di situ hilang.

Berdasarkan maklumat rasmi bank berkenaan, kerugian dianggarkan berjumlah 1.5 juta rupee (kira-kira RM82,900).

Jumlah berkenaan sudah didepositkan ke dalam mesin itu pada 19 Februari lalu, lapor The News Minute.

Kejadian itu berlaku kerana kawalan keselamatan yang longgar di bank berkenaan menyebabkan penjenayah mengambil kesempatan.

Siasatan juga mendapati tiada pengawal keselamatan ditugaskan pada waktu malam di premis itu, sejak dua tahun lalu.

Polis sedang menjalankan siasatan berdasar rakaman CCTV dan mendapatkan bantuan pakar forensik.

Siasatan juga tidak menolak kemungkinan geng itu terbabit kejadian sama di Telangana.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mac 2021 @ 6:31 AM