Oleh Alias Abd Rani

Miri: Cubaan dua lelaki bertopeng menarik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) gagal selepas alat penggera berbunyi dalam kejadian di sebuan bank di Permyjaya, di sini, 5.10 pagi, hari ini.

Siasatan awal polis mendapati, kedua-dua suspek bertopeng cuba menarik mesin ATM berkenaan menggunakan kabel.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee, berkata hajat tidak kedua-duanya tidak tercapai apabila penggera bank itu berbunyi berikutan cermin pecah dipercayai terkena kabel itu.

"Ini menyebabkan suspek melarikan diri sebaik penggera berbunyi. Suspek turut melarikan CCTV (kamera litar tertutup) yang dipasang di luar premis itu. Sejumlah RM300,000 dalam mesin itu terselamat." katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 3:47 PM