Keadaan tempat kejadian mesin ATM dipecah pagi tadi. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
Keadaan tempat kejadian mesin ATM dipecah pagi tadi. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Alor Setar: Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank di Simpang Kuala, di sini, dipecah menyebabkan kerugian dianggarkan lebih RM200,000 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, sekumpulan lelaki menaiki kereta bertindak menyembur kamera litar tertutup (CCTV) di luar bank terbabit.

Menurut sumber, suspek kemudian menggunakan bom paip untuk meletupkan mesin ATM itu.

"Kejadian itu berlaku pantas dan suspek yang berjaya memecahkan mesin ATM itu terus melarikan wang tunai dianggarkan lebih RM200,000.

"Difahamkan petang semalam sebanyak RM320,000 dimasukkan ke dalam mesin ATM itu oleh pihak bank," katanya.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini diburu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 11:17 AM