RANTAI perak tebal yang mempunyai kesan peluru. FOTO Agensi
RANTAI perak tebal yang mempunyai kesan peluru. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Seorang lelaki terselamat daripada maut apabila rantai tebal yang dipakai menghalang peluru daripada menembusi lehernya dalam satu insiden tembakan.

Portal news.sky melaporkan, insiden berlaku ketika berlakunya satu pertengkaran, kata polis di negeri Colorado AS.

Peluru kaliber 22 itu tersangkut pada rantai perak di leher mangsa.

Lelaki tidak didedahkan namanya itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu.

Pegawai polis di Commerce City, berhampiran Denver, memuat naik gambar rantaian berdarah itu menerusi satu hantaran di Facebook (Fb).

"Rantai perak berukuran 10 mililmeter (mm) lebar mungkin satu-satunya sebab mangsa tembakan itu hidup," tulisnya.

Sementara itu, lelaki bersenjata yang tidak dikenali juga ditahan di tempat kejadian.

Lelaki itu juga didakwa atas pertuduhan melakukan cubaan membunuh.

Menurut polis walaupun rantai itu berwarna perak, ia berkemungkinan bukan perak tulen.

Ia kerana perak adalah logam yang lebih lembut dan mungkin tidak dapat menghentikan peluru.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2024 @ 1:53 PM