ALBA dan pasangannya menyambut kelahiran Lydia dan Lynlee pada Oktober 2022. FOTO Agensi
ALBA dan pasangannya menyambut kelahiran Lydia dan Lynlee pada Oktober 2022. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mengalami detik kehamilan jarang jumpa hingga berjaya melahirkan dua pasang kembar seiras.

Wanita itu melahirkan anak kembar dikenali sebagai 'MoMo' atau monoamniotic-monochorionic iaitu istilah untuk kembar yang berkongsi plasenta, kantung amniotik dan cecair yang sama dan kehamilan sedemikian mempunyai risiko komplikasi tinggi.

Menurut kenyataan akhbar Universiti Alabama di Birmingham (UAB), Britney Alba mengharapkan dia hamil anak kembar lagi, kira-kira enam bulan selepas melahirkan anak kembar pertamanya, Luka dan Levi.

Mengikut universiti itu, kembar MoMo adalah beberapa jenis kembar yang paling jarang berlaku, membentuk kurang daripada satu peratus daripada semua kelahiran di AS.

Alba dimasukkan ke Unit Obstetrik Berisiko Tinggi UAB ketika kehamilan 25 minggu dan dirawat selama lebih 50 hari akibat komplikasi.

Doktor menyatakan, matlamat mereka adalah untuk melahirkan kembar MoMo itu melalui pembedahan Caesarean, pada minggu ke- 32 hingga 34.

Alba dan suaminya menyambut kelahiran satu lagi pasangan kembar Lydia dan Lynlee Alba, pada 25 Oktober 2022.

Memandangkan kehamilannya jarang berlaku, Alba turut dipantau pasukan perubatan serta dikunjungi pelajar perubatan, penduduk dan felo.

Penolong profesor di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi UAB, Rachel Sinkey berkata, kehamilan kembar MoMo mempunyai risiko komplikasi janin yang tinggi kerana berkongsi segala-galanya kecuali tali pusat, yang boleh dengan mudah terjerat dalam kantung tunggal.

Katanya, kadar kelahiran mati yang tinggi juga dikaitkan dengan kembar MoMo.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2023 @ 11:29 AM